.

17 May 2008

Ikrar taat setia kepada Sultan Perak

IPOH 15 Mei - Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-161 hari ini mengulangi ikrar taat setia kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, selaku Sultan dan Raja Pemerintah yang sekali gus berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

MAIAMP juga menetapkan pendirian mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.

Menurut kenyataan akhbar MAIAMP di sini hari ini, majlis juga bersyukur kerana isu berkaitan arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury telah dapat ditangani secara arif serta penuh dengan sopan dan ketertiban.

Persidangan itu juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kesediaan menerima titah nasihat Sultan Perak secara positif dan mengutus warkah memohon maaf kepada Sultan Perak di atas kealpaan yang telah berlaku.

''Majlis menyokong pendirian Menteri Besar Perak yang tidak membenarkan dan tidak terpengaruh dengan suara mana-mana pihak luar yang tidak bersangkutan dengan urusan pentadbiran di negeri Perak Darul Ridzuan," menurut kenyataan itu.

Perkara tersebut, kata MAIAMP, adalah satu usul yang diluluskan dalam persidangan tersebut yang diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

MAIAMP berkata, majlis yang bersidang turut merakamkan hasrat untuk melihat berlangsungnya hubungan kerja yang baik dan harmoni antara Istana dan Kerajaan Negeri berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negeri beraja, rakyat bersultan.

''Semoga akan terjalin hubungan kerja yang saling berunding dan bermuafakat demi kesejahteraan negeri dan rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang beragama Islam dan berketurunan Melayu," katanya.

Di samping itu juga, MAIAMP mendokong teguh pendirian Raja Muda Perak selaku Yang Di-Pertua MAIAMP untuk memastikan institusi agama Islam di negeri Perak dilindungi kesucian daripada dicemari oleh sebarang bentuk kegiatan berunsur politik kepartian yang boleh memecah-belahkan ummah.

Sumber: http://utusan.com.my

0 ulasan:

Post a Comment

PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger