.

19 April 2009

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin"

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah
menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai
mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun
berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan
juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada
rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai
digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih
sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Email : Zamri Kecik's

17 April 2009

Perkara yang hilang dalam umat Islam

Zamri Kecik's

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara khusus, antaranya ialah:

HILANG NYA:
Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.

Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat nasihatnya serta sifat zuhudnya.

Sifat malu daripada kaum wanita

Sifat sabar daripada fakir miskin

Sifat pemurah daripada orang kaya

Sifat tawadhuk daripada golongan atasan

Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah

Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam

Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah

Rasa khusuk dalam solat

Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya ialah:

HILANG NYA:
Ilmu pengetahuan

Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat

Akhlak dan budi pekerti yang mulia

Ukhwah dan kasih sayang

Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita

Perpaduan dan kesatuan Umat Islam

Rasa bertuhan atau rasa tauhid

Rasa cinta pada Akhirat

Rasa takut dengan Tuhan atau dosa

Rasa tawakal

Rasa qanaah

Sifat redha

Sifat sabar

Sifat betolak ansur

Persahabatan di kalangan kaum Muslimin

Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin

Tamadun Islam

Undang undang perlembangaan Islam

Mengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.

30 March 2009

Terkini : Sidang Media Pengarah Pilihanraya jam 3.00 petang.

Saya bersyukur kepada Allah sebab proses penamaan calon berjalan lancar walaupun terdapat bantahan dari BN tetapi tidak kuat, Demikain antar kenyataan media Pengarah PRK PAS Bukit Gantang, Hj. asmuni Awi dalam sidang akhbar sebentar tadi di markaz Operasi Induk Ayer Kuning.

Beliau berkata jumlah yang hadir begitu besar dari seluruh tanah air dan ini satu gelombang baru sikap rakyat. Melihat kepada gelombang ini saya melihat akan berlaku juga di tempat lain bila didakan pilihanraya umum atau kecil, katanya.

"Kita mahu meninggalkan politik lama UMNO yang memainkan isu perkauman memecah belahkan rakyat. Isu yang kita bawa ialah perpaduan dan demokrasi tanpa melihat apa bangsanya, kalau kita berjaya diterjemahkan dalam PRK ini ia akan menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh semua bangsa." Kata Asmuni.

Beliau menegaskan prinsip berteraskan kepada kebenaran dan demokrasi dengan pemimpin yang berakhlak dan amanah telah diperlihatkan dalam PR yang lalu.

"Saya menyeru kepada para pengundin di BG untuk memastikan calon PAS yang diterima dimenangkan".Katanya

Asmuni juga melahir rasa dukacira terbitnya risalah subersif yang melampau dari pihak sebelah sana yang mengibaratkan Pakatan Rakyat sebagai pihak komunis dengan menunjukkan risalah tersebut kepada rakan media. kita akan buat laporan polis supaya diadakan siasatan.

"Semua hendakkan kemenangan tetapi janganlah membawa unsur negetif dan menimbulkan kemarahn ramai."Mohon Asmuni.

Mengenai Calon, beliau menganggap pemilihan calon PAS sebagai satu yang tepat dan lambang kepada perpaduan untuk semua bangsa melayu, cina dan india. beliau adalah lambang yang memperjuangkan kebenaran yang sedang diperjuangkan.

Demeinsi politik baru megikut Asmuni adalah politik yang tidak ada unsur ugutan kepada orang kampung, seperti ugut tarik biasiswa, yang tinggal ditanah yang itdak ada hak milik, kepada perniagaan diancam tarik lesen. selainya politik yang tidak ada dendam.

Mengenai calon bebas dia mengatakan mungkin boleh memberi kesan sedikit kepada kertas undi, dan dia pernah berlaku sebelum ini.

mengulas mengenai peluang kemenangan, katanya " kita berhadapan dengan BN yang banyak dana,media dan sebagainya tetapi kita dalam keadaan harakah dan siasah disekat penerbitannya."

"Kita akan mengadakan kempen dari rumah kerumah, ceramah besar dan kecil. Mini ceramah dianggap efektif mungkin dalam sehari kita ada 20 ceramah kecil sehari.

Mengenai permit pihak pihak polis membenarkan sehingga 11.00 malam diluar bandar dan 12.00 malam dalam bandar. sebab itu kita katakan ceramah ditentukan oleh pihak polis, yang sepatutunya dikawal oleh SPR.

14 February 2009

Mohon maaf....

Saya memohon maaf kerana tidak aktif update laman ini,sila ke blog cina islam untuk mendapat berita terkini di Perak.

2 January 2009

Pelancaran Satu Cawangan Satu Usrah.

TANJUNG PIANDANG : Satu pelancaran Satu Usrah Satu Cawangan telah disempurnakan oleh ADUN Titi Serong yang juga Timbalan YDP PAS Kawasan Parit Buntar di Markaz Pas Tanjung Piandang disini baru-baru ini.

Dalam ucapan ringkas sempena pelancaran itu, Drs. Khalil mengingatkan kepentingan usrah yang akan menguatkan Cawangan Pas itu sendiri.

Perlancaran itu melibatkan 4 cawangan setrempat secara serentak iaitu Cawangan Pekan Tanjung Piandang, Kampung Nelayan, Batu 10 dan Parit Tanjung Piandang.

Secara simbolik Drs. Khalil mengunting riben skrol pelancaran dan seterusnya menyerahkan buku panduan usrah kepada wakil setiap cawangan.


PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger