.

29 November 2010

Kejayaan Lanjut Pelajaran dan Sumbangan ADUN

Berlangsung majlis ringkas penyampaian sumbangan peribadi oleh YB Adun pada pagi ini dimana wakil YB, Encik Ahmad Tajuddin bin Haji Hawari (Pembantu Khas) sempurna menyampaikannya bagi pihak Adun. Untuk makluman, YB Adun pada hari ini berada di luar kawasan kerana menghadiri Majlis Mesyuarat MB/KM Pakatan Rakyat di Shah Alam.
Penerima Sumbangan Peribadi YB Adun Titi Serong : 
En. Manogara a/l Muniandy  beralamat di U-13, Jalan Bunga Matahari, Taman Kerian, 34200 Parit Buntar, Perak.
Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai galakan diatas kejayaan anak lelaki beliau yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh selama 3 tahun baru-baru ini.

25 November 2010

Kerana 'arowana' pesawah tuai padi angin

Kerajaan Negeri wajar bertanggungjawab diatas masalah serius yang kini dihadapi oleh petani dan pesawah padi di Kerian. Tanaman padi diancam padi angin. Punca utama ialah kekurangan air. Malah rumput sambau juga kian tidak terkawal tumbuh dikawasan sawah. Ini gara-gara ternakan 'ikan arowana' di Bukit Merah.

Rujukan isu sila klik keratan akhbar diatas.

PR mahu pemerhati DUN

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri, Drs. Khalil Idham Lim mengesa Speaker DUN R.Ganesan agar lebih berani dan tidak menjadi 'pak hangguk' kepada UMNO pada sidang DUN pada 30 November ini. Diantara perkara yang wajar diberi pertimbangan berlangsungnya sidang DUN ialah :

1. Membenarkan pemerhati dan pengamal Media mengikuti Sidang DUN.
2. Gadget seperti netbook, telefon bimbit, perakam suara bukan barang larangan Sidang.


Bagaimanapun, ucapan terima kasih wajar diberikan kepada Ganesan kerana sudah menghantar salinan Bajet 2011 yang akan dibahaskan ketika Sidang DUN kelak kepada semua ADUN-ADUN pada hari Selasa baru-baru ini. [SU]

24 November 2010

Sidang Media PAS Perak 23 November 2010 : UMNO / BN PERAK TERDESAK: PENGHULU SELURUH PERAK DIHASUT UNTUK MEMBENCI PAKATAN RAKYAT.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain didampingi oleh Setiausaha PAS Perak, Ust. Misbahul Munir dan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam Sidang Media di Ipoh hari ini.

23 November 2010

Blog sedang dinaik taraf

Assalamualaikum wb.

Blog rasmi Adun Titi Serong N.08 (http://aduntitiserong.blogspot.com) akan kembali beroperasi semula mulai Disember 2010 ini. Kerja-kerja menaik taraf blog ini sedang dilakukan oleh moderator blog Cina Islam mulai minggu ini.

PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger