
20:30

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興)

PARIT BUNTAR, 6 Jan.:-ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa meluangkan masa untuk menziarah seorang ibu tunggal yang mati dalam keadaan misteri dan mengejut di Taman Kerian Tambahan disini pagi tadi.
Saya mengucapkan terima kasih serta penghargaan serta memuji kehadiran Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Mat Fauzi b. Hj. Nayan dan kebanyakan Pegawai dari IPD Kerian serta dari Balai Polis Parit Buntar yang turun ke lapangan dalam kejadian tersebut. kehadiran mereka menggambarkan komitmen yang tinggi dari pasukan Polis Daerah Kerian untuk membenteras kejadian jenayah didaerah ini.
Ibu yang malang itu didapati rebah dalam keadaan berlumuran darah di hadapan bilik air didapur selepas sepuluh minit anaknya keluar untuk membeli barang.
Pasukan Forensik dari Ipoh mengesahkan tidak ada keraguan yang dikaitkan dengan kejadian samun kerana jenazah tidak ada kesan pergelutan dan lebam serta barang kemas yang ada di badan mangsa langsung tidak diusik.

20:41

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興)

20:07

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興)
Pada tanggal 22 Ogos 2008 PAS Kawasan Parit Buntar kehilangan seorang tokoh pejuang Islam yang gigih di Perak khususnya di Parit Buntar. Beliau ialah Tuan Haji Khalid bin Abdul Hamid, 75 atau lebih dikenali dengan panggilan ' Cikgu Khalid" atau 'Pak Su Khalid'.
Pak Su Khalid meninggal dunia pada jam 12 malam semalam kerana sakit uzur. Solat jenazah akan diadakan pada jam 11 pagi sebelum solat Jumaat di Kampung Kedah.
Cikgu Khalid meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Salah seorang anak beliau Fakhrurrazi bin Haji Khalid merupakan AJK PAS Kawasan Parit Buntar.
Cikgu Khalid pernah memegang jawatan Bendahari PAS Perak dan pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Titi Serong sebanyak dua kali iaitu pilihanraya tahun 1990 dan 1994. Antara sumbangan besar beliau kepada PAS Parit Buntar adalah pembelian bangunan PAS Parit Buntar di No. 8, Jalan Keli ,Taman Seri Tenggara. Beliaulah antara yang gigih turun ke Cawangan memungut derma dari ahli-ahli PAS Cawangan sehingga berjaya membeli bangunan PAS berkenaan.
Beliau juga mengizinkan PAS menggunakan belakang rumahnya sebagai kawasan mengadakan aktiviti terutamanya ceramah umum. Kawasan ini dinamakan sebagai Dataran Purnama Kg. Kedah.
Cikgu Khalid pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Veteran PAS Parit Buntar sempena Mesyurat Agung Kawasan tahun 2007. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini.

10:42

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興)
Berlangsung majlis ringkas penyampaian sumbangan peribadi oleh YB Adun pada pagi ini dimana wakil YB, Encik Ahmad Tajuddin bin Haji Hawari (Pembantu Khas) sempurna menyampaikannya bagi pihak Adun. Untuk makluman, YB Adun pada hari ini berada di luar kawasan kerana menghadiri Majlis Mesyuarat MB/KM Pakatan Rakyat di Shah Alam.
Penerima Sumbangan Peribadi YB Adun Titi Serong :
En. Manogara a/l Muniandy beralamat di U-13, Jalan Bunga Matahari, Taman Kerian, 34200 Parit Buntar, Perak.
Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai galakan diatas kejayaan anak lelaki beliau yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh selama 3 tahun baru-baru ini.

09:45

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興)
Kerajaan Negeri wajar bertanggungjawab diatas masalah serius yang kini dihadapi oleh petani dan pesawah padi di Kerian. Tanaman padi diancam padi angin. Punca utama ialah kekurangan air. Malah rumput sambau juga kian tidak terkawal tumbuh dikawasan sawah. Ini gara-gara ternakan 'ikan arowana' di Bukit Merah.
Rujukan isu sila klik keratan akhbar diatas.