.

29 May 2008

KBSM: Kahwin, beranak, sakit dan mati

Suatu realiti yang perlu dihadapi oleh seorang wakil rakyat adalah menghadapi pelbagai kerenah masyarakat dibawah jagaannya, semestinya tanpa jemu dan lelah.Ada orang bertanya bagaimana dengan kerja sebagai wakil rakyat? Jawab saya mudah sahaja, "kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Senyum selalu, bersalam dengan semua orang, telinga tebal, pasti apa sahaja yang kita buat ada sahaja tukang kritik".Sebenarnya wakil rakyat adalah penggubal kepada dasar dan halatuju pemerintahan sesebuah negeri kalau ianya ADUN. Dia juga adalah pemudah cara urusan rakyat dengan pelbagai agensi, menjadi orang tengah kepada apa sahaja aduan. Namun kesibukkan makin...

27 May 2008

Demam Denggi : ADUN Titi Serong tinjau longkang tersumbat.

PARIT BUNTAR, 26 Mei :- Kejadian demam denggi dan ada kaitannya dengan nyamuk Aedis telah mendorong ADUn Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim mengadakan lawatan mengejut di beberapa lokasi di dalam bandar Parit Buntar hari ini. Drs. Khalil dan En. Siva meninjau longkang tesumbat di Pekan BaruLawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu di atur oleh Pengerusi kelab Penyokong PAS Kaum India , En. Siva.Bertanya khabar dengan kaum Tionghua Pekan BaruDalam lawatan lebih sejam itu Drs. Khalil sempat melawat di Pekan Baru dan Pusat Bandar. Beliau sempat bertanya khabar dengan warga setempat mengenai permasalah longkang tersumbat dan pembiakan nyamuk disekitar...

20 May 2008

ADUN Titi Serong tegur kenduri kahwin yang ada karaoke

Drs. Khalil sedang menyampaikan kuliah Isya.PARIT BUNTAR, 19 Mei:- Islam tidak melarang umatnya untuk meraikan pasangan pengantin namun ianya wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan supaya pasangan yang diraikan itu mampu menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah. Demikian antara isi kandungan tazkirah Isya yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim di Surau Parit Satu disini malam tadi.Kuliah Isya yang diadakan sebulan sekali itu dihadiri oleh warga setempat yang terdiri dari separuh warga muda.Drs. Khalil juga menasihati supaya tanggung jawab ini dipandang serius sebelum ianya tidak dapat dibendung lagi.Teguran tersebut...

Drs. Khalil : Teruskan semangat gotong royong

BAGAN TIANG , 19 Mei :- Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh 50 orang masyarakat di mukim Bagan Tiang terbukti sekali lagi dengan berjayanya mereka membina semua jambatan kayu disebuah rumah penduduk miskin di sini petang tadi.Program tersebut bertambah meriah dengan hadir sama ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim bersama Isteri. Pada kesempatan yang sama beliau telah sudi menyampaikan bantuan kemiskinan berupa dua kampit beras kepada keluarga tersebut. Semasa ditemui pada program tersebut, Drs. Khalil mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semangat kerjasama yang ditunjukkan untuk menyelesai masalah penduduk yang memerlukan jambatan...

19 May 2008

ADUN titi Serong melawat Pekan Ahad

TITI SERONG, 18 Mei:- Jadual ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim pada hari ini ialah melawat pekan ahad yang terletak disini. Lawatan yang diadakan sekitar 3 jam itu telah memberi peluang kepada beliau untuk bertanya khabar kepada peniaga, dan sebaliknya para peniaga dan orang ramai mengadu masalah masing-masing.Beramah mesra dengan peniaga ikan kaum TionghuaPeluang yang ada telah digunakan oleh Drs. Khalil untuk menemui semua pemilik gerai-gerai jualan. Salah seorang dari mereka mendakwa perkara sebegini sangat dialu-alukan kerana tidak pernah dilakukan oleh wakil rakyat sebelum dari ini.Mendengar rungutan dari peniaga MelayuBeliau juga...

17 May 2008

Lawatan ke perkampungan Cina

BAGAN TIANG, 17 Mei:- Satu lawatan telah dilakukan oleh ADUN Titi Serong,YB. Drs. Khalil Idham Lim bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr. Mujahid Yusof ke Perkampung Cina Kuala Bagan Tiang malam ini. Adun Titi Serong meninjau pejabat Bomba Penyelamat Sukarela.Dalam lawatan tersebut satu pertemuan resmi telah dilakukan bersama pemimpin masyarakat setempat bagi mendengar rungutan dan permasalahan penduduk setempat. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 malam itu berakhir pada jam 10.30 malam dengan menghasilkan beberapa perkara penting untuk diperhatikan dan diambil tindakan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat( PR).Antara rungutan yang diterima...

Ikrar taat setia kepada Sultan Perak

IPOH 15 Mei - Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-161 hari ini mengulangi ikrar taat setia kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, selaku Sultan dan Raja Pemerintah yang sekali gus berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini. MAIAMP juga menetapkan pendirian mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan. Menurut kenyataan akhbar MAIAMP di sini hari ini, majlis juga...

16 May 2008

ADUN Titi Serong merasmikan Program Rawatan Perubatan Cina

PARIT BUNTAR, 15 MEI 2008:- Perubatan cina telah diwarisi sejak sekian lama dari generasi ke generasi dan terbukti dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit, demikian antara intipati yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Program Rawatan Perubatan Cina disini hari ini.Program sehari yang telah mendapat sambutan warga cina setempat telah berhasil membawa seorang pengamal perubatan cina dari Shanghai.ADUN Titi Serong juga meminta supaya penduduk Parit Buntar sentiasa mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu soal pemeriksaan kesihatan berkala, pemakanan yang seimbang dan teratur perlu diutamakan.Beliau...

14 May 2008

Pesan hari pertama jadi YB kepada anak dan Isteri

Gambar kenangan 1998, semasa sudah memiliki 2 puteraTeringat hari pertama sesudah kemenangan yang Allah anugerahkan ini, saya katakan dihadapan isteri tercinta dan anak-anak Azri Lim (16), Anwar Lim (13) dan Aiman Lim (8)tersayang ." abi sekarang telah menjadi milik semua warga Titi Serong dan maafkan abi sekiranya abi sangat sedikit bersama keluarga di masa akan datang"Suatu kata-kata yang berat untuk diucapkan, namun sebuah realiti yang sedang berada dihadapan mata.Semuga Allah memberi kekuatan kepada insan yang kerdil untuk menunaikan amanah ini......

Kegiatan hari ini.

Balik dari Kuala Lumpur malam tadi, saya sampai di rumah sekitar jam 9.45 malam. Saya sempat menemuai isteri tercinta yang kena demam campak sejak dua hari yang lepas. Dia suah bercuti untuk hari ke 3 hari ini. Sempat cium anak bongsu Khairul Aiman dan bertanya dengan pelajaran Abag Chik anak kedua. Anak bongu yang disayangi, kena cium dia kalau tidak pernah dia katakan" Dah jadi YB dah lupa nak cium anak!" lucu dan sinis sekali.Pemandu peribadi telah berada dihadapan rumah sekitar jan 10 malam. Terus kami ke pejabat. malam tadi pejabat dibuka macam biasa.Alhamdulillah ada 2 pelanggan yang datang mengadu masalah. Sekitar jam 11.30 saya dengan...

10 May 2008

PERAKAN Perak dilancarkan.

BUKIT GANTANG, 10 Mei :- Persatuan anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) telah melebarkan sayapnya di negeri Perak apabila pelancaran resmi cawanganya di Perak telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Kelantan YB Abdul Patah Mahmood di sini hari ini. Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.Pada Program tersebut ADUN Titi Serong yang juga merupakan anak Kelantan yang menetap di Perak telah menyerahkan borang keahlian Perantau kepada Setiausaha Agung Perantau Malaysia.Dalam ucapan peresmianya, YB Patah antaranya menyatakan hasrat untuk melihat Perakan bertambah maju dengan meningkatkan kerja-kerja...

7 May 2008

Dua bulan telah berlalu.

Gambar kenangan dimalam kemenangan 8 Mac 2008 Esok, 8 Mei genaplah dua bulan usia saya menjadi wakil rakyat. Terasa pantas sekali masa berlalu .Ianya pergi tanpa kita sedari melainkan kerugian yang amat besar sekiranya tidak dimanfaatkan sebaliknya beruntunglah sekiranya telah dimaksimakan pengunaannya. Seingat saya sejak malam sesudah kemenangan, Banyak waktu digunakan untuk berulang alik ke Ipoh dalam hal perlantikan MB Perak. Allahlah yang meberikan kekuatan kepada insan kerdil ini untuk sama-sama menempuh saat getir penubuh kerajaan Barisan Rakyat yang akhirnya dikenali dengan Pakatan Rakyat. Kemenagan 6 Kerusi bersama-sama dengan...

Pages 141234 »
PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam

About Me

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger