OGOS 2010-ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
Konvensyen PAS Perak kali ke-15 yang lalu begitu memfokus kepada persoalan kesyumulan PAS sebagai sebuah parti yang diterima oleh semua rakyat hasil dari kehebatan prinsip adil ahli PAS dalam memimpin masyarakat dan tema ISLAM ADIL UNTUK SEMUA begitu tepat dipilih
SEPTEMBER 2010-SAMBUTAN AIDIL FITRI ADUN DAN RAKYAT
Kemuncak aidil fitri bersama pemimpin sangat jelas disambut penuh ceria. Kegembiraan warga rakyat di DUN Titi Serong begitu dirai mesra oleh Adun dan itulah aura wakil rakyat yang diperlukan untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat di DUN Titi Serong
SEPTEMBER 2010-SAMBUTAN AIDIL FITRI ADUN DAN RAKYAT
Kemuncak aidil fitri bersama pemimpin sangat jelas disambut penuh ceria. Kegembiraan warga rakyat di DUN Titi Serong begitu dirai mesra oleh Adun dan itulah aura wakil rakyat yang diperlukan untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat di DUN Titi Serong
10 December 2008
ADUN Titi Serong lawat orang sakit di Taman Kerian.
00:03
Idham Lim (林川興)
2 December 2008
Lawatan ADUN hari Isnin 1 Disember
07:27
Idham Lim (林川興)
19 November 2008
Ayam Serama.
22:30
Idham Lim (林川興)
AYAM serama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.Perwatakan dan gaya istimewa ayam serama menyebabkan Ahmad Fauzi Mohamed, jatuh cinta kepada ayam terkecil di dunia itu.
Walaupun Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn Bhd, sudah lama mengetahui ayam ini, cintanya terhadap ayam serama baru berputik ketika berada di Kota Bharu, Kelantan, kira-kira lima bulan lalu.
Mengapa ayam serama? Inilah haiwan yang benar-benar berasal dari Malaysia. Haiwan lain seperti harimau dan badak juga ada di negara lain. Orang Utan juga tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan negara ini.
Ayam serama sebenarnya diiktiraf dunia luar sebagai milik Malaysia. Pelbagai pihak di Amerika Syarikat mengiktiraf ayam serama berasal dari negara ini.
Ini yang menyebabkan Ahmad Fauzi yakin ayam serama mampu menjadi ikon kepada Malaysia kerana haiwan ini tidak terdapat di negara lain.
Usaha menjadikan ayam serama sebagai ikon Malaysia, katanya perlu dipertingkatkan kerana sesetengah negara Eropah bangga dengan baka ayam yang hanya ada di negara masing-masing. Malah, Perancis menjadikan ayam sebagai menjadi lambang negara itu.
Minat terhadap ayam serama mendorong Ahmad Fauzi, melakukan penyelidikan dan terkejut apabila mendapati bilangan ayam ini hanya tinggal kira-kira 3,000 ekor dan boleh dianggap menghampiri kepupusan.
Beliau melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan ayam serama, tetapi tiada laman web tempatan berkaitan ayam ini dan tidak ada panduan mengenai cara menternaknya.
“Melalui internet, saya mendapati pemeliharaan ayam serama berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Malah, ada pertubuhan ayam serama dengan laman web masing-masing, iaitu Serama Council of North America dan World Serama Federation,” katanya.
Perkembangan menggalakkan di dunia luar mendorongnya bertekad mengubah kaedah penternakan ayam serama yang sebelum ini dilakukan secara tradisional.
Bermula dengan empat ekor yang dibawa dari Kelantan lima bulan lalu, ayam serama yang diternaknya di belakang rumahnya di Ampang Jaya, untuk tujuan pameran dan penyelidikan, kini mencecah kira-kira 300 ekor.
Beliau membuat penyelidikan sendiri untuk menternak ayam serama secara moden berbanding amalan tradisional yang tidak produktif.
Memanfaatkan pengalaman sebagai jurutera maritim, Ahmad Fauzi, membuat sendiri reban dua tingkat dan menggunakan kaedah penternakan moden bagi meningkatkan pengeluaran ayam serama berkualiti tinggi.
“Penternakan dilakukan secara sistematik. Ayam diberi campuran dedak mengandungi vitamin. Reka bentuk reban sesuai dengan pembesaran haiwan ini dan melindungi dari angin dan hujan melampau yang menyebabkan penyakit.
“Menternak ayam serama tidak cerewet jika aspek kebersihan dan pemakanan diberi perhatian rapi,” katanya.
Katanya, ayam betina hanya bertelur kira-kira lima biji telur setiap tiga bulan atau kira-kira 20 biji setahun.
“Telur yang dikutip setiap hari dikumpul setempat selama tujuh hari dan kemudian dimasukkan dalam mesin inkubator selama 21 hari. Selepas menetas, anak ayam dimasukkan dalam satu kotak yang dinamakan set induk palsu.
“Kotak itu berfungsi seperti ibu ayam yang memanaskan badan anaknya. Selepas 30 hari, anak ayam dimasukkan ke reban biasa,” katanya.
Dalam operasi harian, pegawai veterinar dibantu pekerja biasa menukar makanan dan air, membersihkan najis, memeriksa inkubator dan ayam. Setiap minggu, ayam dimandikan dan dilatih untuk menyertai pertandingan dan setiap bulan, kuku dipotong dan diberi ubat cacing.
Semua proses ini direkodkan dan jauh berbeza berbanding kaedah tradisional, ayam dilepaskan begitu saja serta mengabaikan aspek kebersihan dan pemakanan.
Selain itu, Serama Corporation menjalankan penyelidikan untuk melakukan permanian beradas bagi menghasilkan ayam serama berkualiti tinggi dan dijangka hasil kajian diketahui pertengahan tahun depan.
Harga ayam serama boleh mencecah RM80,000 seekor
AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.
Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn Bhd, Ahmad Fauzi Mohamed, berkata penternakan ayam serama mempunyai potensi besar untuk diterokai kerana permintaan amat besar sedangkan pengeluaran ketika ini masih rendah.
Dari segi harga, katanya ayam serama yang menjuarai pertandingan boleh mencecah hingga RM80,000 seekor dan secara purata harga ayam ini adalah antara RM40,000 hingga RM50,000 seekor.
“Hanya orang kaya mampu memiliki ayam begitu. Ini tidak menghalang peminatnya sejauh Thailand, Indonesia dan Filipina datang untuk membelinya.
“Pengeluaran terhad menyebabkan orang biasa hanya mampu melihat. Tetapi keadaan ini mampu diubah jika pengeluaran kecil-kecilan sekarang digantikan dengan kaedah penternakan komersil,” katanya.
Kekurangan yang ada, katanya diisi Serama Corporation yang kini mempunyai ladang ayam serama di Pengkalan Chepa, Kelantan dan bakal membuka ladang seluas 1.6 hektar di Ulu Yam, Selangor, tahun depan.
Selain pertandingan, Ahmad Fauzi berkata, ayam serama berpotensi dieksport ke luar negara, terutama China yang melihat ayam serama sebagai bahan ubatan tradisional dan daging eksotik.
Katanya, saiz ayam serama selepas dibersihkan sesuai diletakkan dalam pinggan dan tidak perlu dipotong berbanding ayam biasa.
Dari segi harga, katanya penternak tidak perlu bimbang kerana pengeluaran telur yang sedikit menyebabkan ayam serama bersifat eksklusif.
Ahmad Fauzi mengakui bahawa minat orang ramai di negara ini terhadap ayam serama pernah melonjak tinggi pada suatu ketika, tetapi merudum akibat amalan tidak beretika sesetengah peniaga.
“Ada peniaga menjual ayam serama yang sebenarnya ayam katik dan ayam kampung. Ini mengecewakan orang ramai kerana ayam serama mempunyai ciri istimewa yang tidak ada pada ayam lain,” katanya.
Bagi menyemarak minat orang ramai terhadap ayam serama, katanya Serama Corporation membuka ruang pameran di Pasar Seni Kuala Lumpur pada setiap Sabtu dan Ahad, bermula 15 November.
Katanya, anak ayam serama berumur antara 45 hingga 60 hari akan dijual dengan harga antara RM250 hingga RM350 sepasang (dua ekor) berbanding harga sebenar yang mencecah antara RM800 hingga RM1,000.
Bagaimanapun, katanya usaha memajukan penternakan ayam serama sebagai industri memerlukan sokongan kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan penyelidikan, pembiayaan dan promosi dalam negara dan antarabangsa.
Pada masa sama, katanya mereka yang hendak menceburi penternakan ayam serama perlu berminat dan tekun.
FAKTA: AYAM SERAMA
Dipercayai berasal dari Kelantan.
Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
Mempunyai kira-kira 2,000 warna
Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.
PENILAIAN AYAM SERAMA
Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.
beritaharian.
30 October 2008
Ziarah kematian dan orang sakit.
23:15
Idham Lim (林川興)
TITI SERONG, 29 Okt. :- Jadual ADUN Titi Serong hari ini termasuklah menziarah kematian seorang Warga Tionghua di Kuala Bagan Tiang dan Seterusnya beliau meluangkan masa menziarahi seorang AJK JKKK Sungai Kota yang terkena angin ahmar beberapa hari yang lepas.Menghulurkan sedikit sumbangan tanda simpati.
9 October 2008
RIBUAN HADIR MAJLIS IDILFITRI PR DI PARIT BUNTAR
15:23
Idham Lim (林川興)
PARIT BUNTAR: Pada Ahad 5 Syawal bersamaan dengan 5 oktober yang lepas, rakyat sekitar Parit Buntar berkesempatan berhari raya Aidilfitri bersama-sama barisan pimpinan Pakatan Rakyat mereka pada satu majlis jamuan Hari Terbuka yang dihadiri lebih 8,00o orang pengunjung.
ADUN Pokok Assam, Titi Serong dan Selingsing bersama MP Parit Buntar.Adun Titi Serong, Drs Idham Lim yang juga bertindak sebagai moderator majlis mengalu-alukan rakyat yang tidak putus-putus tiba. Pelbagai juadah disediakan termasuk Lemang, laksa , tapai roti canai dan cendol. 7 kaunter makanan dan minuman yang disediakan penuh sesak dengan pengunjung.
3 October 2008
ADUN sampai sumbangan kepada peserta tadarus Quran
04:03
Idham Lim (林川興)
Bergambar beramai-ramai dengan peserta tadarus.
28 September 2008
ADUN Titi Serong Tutup Tadarus Al Quran
09:41
Idham Lim (林川興)
Kumpulan Muslimin bergambar dengan Drs. Khalil
14 September 2008
MB Perak lawat 138 mangsa banjir di Bukit Merah
22:04
Idham Lim (林川興)
BAGAN SERAI, 9 September :-Yang Amat Berhormat dato’ Seri Ir. Haji Muhammad Nizar bin Jamaluddin, meluangkan masa melawat mangsa banjir yang berlaku di kawasan Bukit Merah. Seramai 138 penduduk daripada 33 buah keluarga telah dipindahkan oleh agensi-agensi bantuan seperti JPA 3, Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, RELA dan beberapa agensi lain ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah. Pemindahan ini membabitkan Kampung Batu 38,39,40 dan kampong Ban Pisang.Ziarah kematian orang Cina 3 tempat pada satu malam
03:06
Idham Lim (林川興)
6 September 2008
Ketua Menteri, Exco, MP Parlimen DAP berbuka puasa bersama PAS Pulau Pinang
01:09
Idham Lim (林川興)
SEBERANG JAYA, 4 Sept :-Hari ini dalam sejarah politik Kepimpinan DAP dan PAS Pulau Pinang dimana suatu majlis berbuka puasa dapat diadakan di Restoran Kassim Mustaffa.ADUN Pakatan Rakyat lawat kematian bapa mertua ADUN Titi Serong.
00:21
Idham Lim (林川興)
ADUN Cangkat Jong, YB. Hj. Anuar Sudin.
ADUN Selingsing, YB. Hj. Husin Din.
ADUN Gunung Semanggol, YB. Hj. Ramli Tusin dan ADUN Kuala Kurau, YB. Abd. Yunus Jamhari.24 August 2008
Cikgu Khalid dalam kenangan.
22:53
Idham Lim (林川興)
PARIT BUNTAR , 22 Ogos : PAS Kawasan Parit Buntar kehilangan seorang tokoh pejuang Islam yang gigih di Perak khususnya di Parit Buntar. Beliau ialah Tuan Haji Khalid bin Abdul Hamid, 75 atau lebih dikenali dengan panggilan ' Cikgu Khalid" atau 'Pak Su Khalid'. Pak Su Khalid meninggal dunia pada jam 12 malam semalam kerana sakit uzur. Solat jenazah akan diadakan pada jam 11 pagi sebelum solat Jumaat di Kampung Kedah.
Cikgu Khalid meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Salah seorang anak beliau Fakhrurrazi bin Haji Khalid merupakan AJK PAS Kawasan Parit Buntar.
Cikgu Khalid pernah memegang jawatan Bendahari PAS Perak dan pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Titi Serong sebanyak dua kali iaitu pilihanraya tahun 1990 dan 1994. Antara sumbangan besar beliau kepada PAS Parit Buntar adalah pembelian bangunan PAS Parit Buntar di No. 8, Jalan Keli ,Taman Seri Tenggara. Beliaulah antara yang gigih turun ke Cawangan memungut derma dari ahli-ahli PAS Cawangan sehingga berjaya membeli bangunan PAS berkenaan.
Beliau juga mengizinkan PAS menggunakan belakang rumahnya sebagai kawasan mengadakan aktiviti terutamanya ceramah umum. Kawasan ini dinamakan sebagai Dataran Purnama Kg. Kedah.
Cikgu Khalid pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Veteran PAS Parit Buntar sempena Mesyurat Agung Kawasan tahun 2007.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang Islam ini. AL-FATIHAH...
11 August 2008
Kubu UMNO ditembusi :PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang ditubuhkan
22:14
Idham Lim (林川興)
TITI SERONG, 10 Ogos :- Pas Kawasan Parit Buntar mengucapkan tahniah kepada penduduk Kuala Bgan Tiang kerana berani membuat perubahan sehingga tertubuhnya sebuah cawangan PAS walaupun sebelum ini saya pun takut untuk hadir disini, demikian antara ucapan Timbalan YDP PAS Kawasan Parit Buntar yang juga ADUN Titit Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim dalam majlis peresmian Cawangan PAS Kuala Bagan Tiang disini malam tadi .Seramai seratus orang lebih hadir dalam majlis yang diadakan diperkarangan rumah Pengerusi Tetap yang dilantik , Tn. Hj. Bakhtiar yang juga merupakan Ketua Kampung Kuala Bagan Tiang yang baru dipilih.
Drs. Khalil juga memberi penjelasan tentang tohmahan BN yang kononnya akan memerintah Perak sesudah 31 ogos ini. Alasan yang terakhir yang diharapkan UMNO ialah petisyenya di 3 DUN yang telah ditolak oleh mahkamah.
Dengan itu jelasnya , "BN tunggulah pilihanraya ke 13 untuk bertanding secara sah dan melupakan angan-angannya kosong sebelum ini ".
6 August 2008
ADUN Titi Serong gotong royong bersih kubur bersama rakyat
06:19
Idham Lim (林川興)
Jentolak digunakan untuk meratakan tanah.
30 July 2008
Nizar : Pas negeri akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
22:24
Idham Lim (林川興)
IPOH, 28 Julai :- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan Pas negeri akan kekal dalam pakatan pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO.Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri itu berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.
29 July 2008
MB Perak Resmi Kelab Penyokong PAS Bagan Serai.
22:29
Idham Lim (林川興)
BAGAN SERAI, 26 July :- Saudara cukup berani membuat perubahan sedangkan MCA dan MIC mengatakan kalau tukar kerajaan akan jadi huru-hara, akan ada pergaduhan, dan kita akan makan ubi. Demikian antara ucapan YAB. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa meresmikan kelab penyokong Pas kaum Tionghua disini hari ini.22 July 2008
ADUN melawat mangsa ribut.
12:17
Idham Lim (林川興)
Dalam rangka lawatan kepada mangsa kejadian ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang diiringi oleh Penghulu Mukin Bagan, En. Shahrul Nizam bin Raali dan Ketua Kampung Bagan Tiang, Tn. Hj. Bahtiar , beliau telah meninjau kerosakan dan jumlah kerosakan yang dialami.
Saya perihatin.
03:46
Idham Lim (林川興)
TITI SERONG, 21 July :- Dalam perjalanan balik dari menziarahi mangsa ribut di Kuala Bagan Tiang, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim mengarahkan pemandunya untuk berhenti dan mengambil gambar yang dikira agak menarik ini.
ADUN Titi serong menunjukkan kabel TM yang dicuri.
Beginilah kejadian yang berlaku bukan hanya di Titi Serong, namun masalah ini berlaku diseluruh negara. Dalam tulisan yang lepas beliau mendedahkan sejumlah RM 11 Juta wayar kabel TM telah dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab bagi tempoh 3 bulan pertama 2008.
19 July 2008
Setelah 100 hari berlalu.
14:31
Idham Lim (林川興)
Mursyidul Am PAS tegur media.
14:18
Idham Lim (林川興)
KOTA BHARU, 18 July :- Mursyidul Am Pas, tuan Guru Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.19 June 2008
Adun Titi Serong Prihatin Masalah SRJK (C) Sin Hwa
03:34
Idham Lim (林川興)
PARIT BUNTAR, 18 Jun (Hrkh)- Adun Yiti Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah cukup prihatin dengan masalah pengundi di kawasannya, malah apa juga masalah yang dihadapi mereka, beliau merasa terpanggil untuk menyelesaikannya. Sehubungan itu beliau cukup mengambil berat masalah keselamatan pelajar yang melintasi jalan yang terletak di hadapan sekolah Rendah Jenis Kebangsaan SRJK(C) Sin Hwa dan hal tersebut telah mendorongnya mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di situ baru-baru ini.
Kedatangan beliau disambut oleh Guru Besar, Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah.
Dalam lawatan hampir satu jam tersebut pihak sekolah telah memberikan taklimat mengenai kedudukan tempat letak kenderaan yang akan terlibat dengan projek jenjantas.
Pihak pengurusan sekolah amat berharap Adun Titi Serong itu mengambil perhatian dengan beberapa cadangan supaya ada tempat baru untuk tempat letak kereta.
D isamping itu beliau juga diberikan taklimat mengenai keselamatan pelajar yang melintasi Jalan Kedah di hadapan sekolah.
Pihak sekolah mendakwa lori yang mengangkut tanah merah seawalnya jam 6.00 pagi sehingga 6.30 petang kerap menggunakan jalan tersebut.
Paling mendukacitakan mereka, pemandu lori tidak mematuhi lampu jalan yang diletakkan di hadapan jalan sebagai tempat melintas pelajar.
"Keadaan ini sangat membahayakan pelajar," jelas guru besar dengan nada serius.
Demi keselamatan pelajar guru terpaksa turun ke lapangan untuk menjadi pengawal lalu lintas, kata pengerusi PIBG.
Menurut Idham, beliau mengambil berat masalah tersebut dan berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin .
Beliau akan mengemukakan surat kepada pihak yang berkenaan sebagai langkah awal mengatasi permasalahan tersebut.
Pada kesempatan yang sama ada beberapa orang ibu bapa mengadu kepada beliau mengenai harga minyak yang naik dan membebankan mereka. - mns _
10 June 2008
23:16
Idham Lim (林川興)
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bicarawara" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak malam iniRancangan "Bicarawara" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 malam.
ADUN Titi Serong berpindah ke pejabat baru.
23:02
Idham Lim (林川興)
PARIT BUNTAR, 9 Jun :- Pejabat Khidmat ADUN Titi Serong telah pun berpindah ke tempat baru yang terletak di Taman Wawasan Parit Buntar bermula hari ini.ALAMAT :
Pusat Khidmat ADUN Titi Serong,
No. 41 Jalan Wawasan 3,Taman Wawasan Jaya ,
34200 Parit Buntar, Perak. MALAYSIA.
No Tel : 05-7165340
No Fax : 05-7165382
WAKTU PEJABAT :
Siang :
Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi s/d 4.30 Petang
Sabtu : 8.00 Pagi s/d 12.00 Tengahhari
Waktu Rehat : 1.00 s/d 2.00 petang
Malam:
Isnin - Jumaat : 10.00 Mlm s/d 11.30 Mlm
KAKITANGAN PEJABAT :
1. Norhidayah Mohd. Sobri - Pegawai Khas
2. Shamsul Bahari Md Isa - Pembantu khas 1
3. Ahmad Tajuddin Hawari - Pembantu Khas 2
7 June 2008
Kolej Islam Negeri Perak mula beroperasi
09:29
Idham Lim (林川興)
KUALA KANGSAR, 6 Jun (Hrkh) :-Negeri Perak kini mempunyai bangunan kolej Islamnya sendiri yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan, bertempat di Bukit Chandan berhampiran Istana Iskandariah dekat sini.Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma.
5 June 2008
Kenyataan akhbar.
23:00
Idham Lim (林川興)
"Cina Islam membantah sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan malaysia menaikan harga minyak pada kadar yang tersangat tinggi dan akan membawa implikasi kepada ekonomi negara khususnya akan menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi secara mendadak.4 June 2008
Mineral berkualiti tinggi dijumpai di Perak
22:29
Idham Lim (林川興)
Perak bakal menarik pelaburan besar selepas beberapa syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan mineral bermutu tinggi yang ditemui di negeri ini.Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bagaimanapun enggan menyatakan jenis mineral tersebut dan nilai pelaburan yang bakal diterima daripada syarikat-syarikat asing itu.Katanya, mineral berkualiti tinggi itu juga bukan bijih timah.
Siapa yang akan kena ?
22:19
Idham Lim (林川興)
Kelantangan Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak sehingga ada yang mencadangkan mereka perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.
Rais Curiga alasan Ezam
09:11
Idham Lim (林川興)
Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.
''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT).
3 June 2008
Rakyat Perak mahu tahu ke mana RM8 juta itu - Nizar
10:10
Idham Lim (林川興)
IPOH,2 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat mencari kesalahan apabila membangkitkan isu peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas exco Barisan Nasional (BN) dalam tempoh dua bulan sebelum pilihan raya umum Mac lalu, kata Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Beliau berkata perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah mengenai perincian projek-projek kecil dan kosnya untuk mendapat justifikasi perbelanjaan berkenaan. Katanya kerajaan negeri bukannya ingin menyalahkan kepemimpinan sebelum ini atau menghadapkan mereka ke mahkamah, tetapi hanya ingin tahu perincian dalam perbelanjaan itu.
Pelabur Eropah dan AS mahu melombong di Perak
10:06
Idham Lim (林川興)
IPOH,2 Jun (Hrkh) - Beberapa syarikat Eropah dan Amerika Syarikat berminat memulakan aktiviti perlombongan mineral bermutu tinggi yang ditemui di Perak, kata Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jenis mineral bernilai tinggi yang ditemui itu dan nilai pelaburan yang bakal dibuat oleh syarikat terbabit.
Bernama melaporkan, mineral berkenaan bukan bijih timah dan sebuah daripada syarikat berkenaan sudah memulakan kajian dan mengesahkan aktiviti perlombongan berkenaan boleh bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun.
under development -
Blog Archive
-
▼
2008
(45)
-
►
June
(11)
- Adun Titi Serong Prihatin Masalah SRJK (C) Sin Hwa
- Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di k...
- ADUN Titi Serong berpindah ke pejabat baru.
- Kolej Islam Negeri Perak mula beroperasi
- Kenyataan akhbar.
- Mineral berkualiti tinggi dijumpai di Perak
- Siapa yang akan kena ?
- Rais Curiga alasan Ezam
- Rakyat Perak mahu tahu ke mana RM8 juta itu - Nizar
- Pelabur Eropah dan AS mahu melombong di Perak
-
►
June
(11)





