
06:36

Idham Lim (林川興)

Suatu realiti yang perlu dihadapi oleh seorang wakil rakyat adalah menghadapi pelbagai kerenah masyarakat dibawah jagaannya, semestinya tanpa jemu dan lelah.
Ada orang bertanya bagaimana dengan kerja sebagai wakil rakyat? Jawab saya mudah sahaja, "kerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari. Senyum selalu, bersalam dengan semua orang, telinga tebal, pasti apa sahaja yang kita buat ada sahaja tukang kritik".
Sebenarnya wakil rakyat adalah penggubal kepada dasar dan halatuju pemerintahan sesebuah negeri kalau ianya ADUN. Dia juga adalah pemudah cara urusan rakyat dengan pelbagai agensi, menjadi orang tengah kepada apa sahaja aduan. Namun kesibukkan makin teruji untuk melaksanakan KBSM.
Bayangkan kalau puluhan kenduri tersenarai dalam jadual harian. Disinilah sebenarnya kekuatan kita menguruskan waktu. InsyaAllah dengan tanggungjawab setelah diundang untuk hadir pada KBSM semuanya dapat kita tunaikan.

13:58

Idham Lim (林川興)
PARIT BUNTAR, 26 Mei :- Kejadian demam denggi dan ada kaitannya dengan nyamuk Aedis telah mendorong ADUn Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim mengadakan lawatan mengejut di beberapa lokasi di dalam bandar Parit Buntar hari ini.
Drs. Khalil dan En. Siva meninjau longkang tesumbat di Pekan Baru
Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu di atur oleh Pengerusi kelab Penyokong PAS Kaum India , En. Siva.
Bertanya khabar dengan kaum Tionghua Pekan Baru
Dalam lawatan lebih sejam itu Drs. Khalil sempat melawat di Pekan Baru dan Pusat Bandar. Beliau sempat bertanya khabar dengan warga setempat mengenai permasalah longkang tersumbat dan pembiakan nyamuk disekitar tempat tersebut.
Meninjau longkang tersumbat di Puast Bandar
ADUN titi Serong semasa ditemui menjelaskan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan longkang tersumbat dengan cadangan awal seperti mengadakan gotong royong bersama pihak bomba dan agensi berkaitan khususnya Majlis Daerah kerian (MDK).

16:02

Idham Lim (林川興)

Drs. Khalil sedang menyampaikan kuliah Isya.
PARIT BUNTAR, 19 Mei:- Islam tidak melarang umatnya untuk meraikan pasangan pengantin namun ianya wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan supaya pasangan yang diraikan itu mampu menghasilkan zuriat yang soleh dan solehah. Demikian antara isi kandungan tazkirah Isya yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim di Surau Parit Satu disini malam tadi.
Kuliah Isya yang diadakan sebulan sekali itu dihadiri oleh warga setempat yang terdiri dari separuh warga muda.
Drs. Khalil juga menasihati supaya tanggung jawab ini dipandang serius sebelum ianya tidak dapat dibendung lagi.
Teguran tersebut diambil akibat dari suasana kenduri yang diadakan kawasan Kerian dan DUN Titi Serong telah menjurus kepada unsur-unsur nyanyian dan muzik yang melampau. Kaeadaan ini dilihat sebagai terpesong dari matlamat asal diadakan kenduri walimatul urus.

15:05

Idham Lim (林川興)

BAGAN TIANG , 19 Mei :- Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh 50 orang masyarakat di mukim Bagan Tiang terbukti sekali lagi dengan berjayanya mereka membina semua jambatan kayu disebuah rumah penduduk miskin di sini petang tadi.
Program tersebut bertambah meriah dengan hadir sama ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim bersama Isteri.
Pada kesempatan yang sama beliau telah sudi menyampaikan bantuan kemiskinan berupa dua kampit beras kepada keluarga tersebut.
Semasa ditemui pada program tersebut, Drs. Khalil mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semangat kerjasama yang ditunjukkan untuk menyelesai masalah penduduk yang memerlukan jambatan tersebut.

ADUN Titi Serong menyiapkan kerja akhir jambatan.
Sambil berharap program tersebut diteruskan di masa akan datang, beliau juga berharap ia membuktikan konsep negeri berkebajikan yang menjadi salah satu teras dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

06:38

Idham Lim (林川興)
TITI SERONG, 18 Mei:- Jadual ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim pada hari ini ialah melawat pekan ahad yang terletak disini. Lawatan yang diadakan sekitar 3 jam itu telah memberi peluang kepada beliau untuk bertanya khabar kepada peniaga, dan sebaliknya para peniaga dan orang ramai mengadu masalah masing-masing.

Beramah mesra dengan peniaga ikan kaum Tionghua
Peluang yang ada telah digunakan oleh Drs. Khalil untuk menemui semua pemilik gerai-gerai jualan. Salah seorang dari mereka mendakwa perkara sebegini sangat dialu-alukan kerana tidak pernah dilakukan oleh wakil rakyat sebelum dari ini.
Mendengar rungutan dari peniaga Melayu
Beliau juga mengambil peluang untuk bersalaman dengan semua peniaga dan pengunjung pasar minggu yang paling populer di Parit Buntar itu. Selian itu ada juga yang mengatakan lawatan yang diadakan menunjukkan wakil rakyat perihatin dengan permasalahan mereka.
Bersama dengan penjual ubat tradisional