
03:34

Idham Lim (林川興)

PARIT BUNTAR, 18 Jun (Hrkh)- Adun Yiti Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah cukup prihatin dengan masalah pengundi di kawasannya, malah apa juga masalah yang dihadapi mereka, beliau merasa terpanggil untuk menyelesaikannya. !-- -->Sehubungan itu beliau cukup mengambil berat masalah keselamatan pelajar yang melintasi jalan yang terletak di hadapan sekolah Rendah Jenis Kebangsaan SRJK(C) Sin Hwa dan hal tersebut telah mendorongnya mengadakan lawatan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di situ baru-baru ini. Kedatangan beliau disambut oleh Guru Besar, Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah. Dalam lawatan hampir...

23:16

Idham Lim (林川興)

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub akan muncul di kaca televisyen menerusi rancangan "Bicarawara" TV1 bagi mendebatkan isu kenaikan harga minyak malam iniSalahuddin akan berbalas hujah dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad berhubung rasional kerajaan menstrukturkan semula harga bahan api sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak harga runcit petrol dan diesel 5 Jun lalu. Rancangan "Bicarawara" itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1 mulai jam 9.30 mal...

23:02

Idham Lim (林川興)

PARIT BUNTAR, 9 Jun :- Pejabat Khidmat ADUN Titi Serong telah pun berpindah ke tempat baru yang terletak di Taman Wawasan Parit Buntar bermula hari ini.ALAMAT :Pusat Khidmat ADUN Titi Serong,No. 41 Jalan Wawasan 3,Taman Wawasan Jaya ,34200 Parit Buntar, Perak. MALAYSIA.No Tel : 05-7165340No Fax : 05-7165382WAKTU PEJABAT :Siang :Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi s/d 4.30 PetangSabtu : 8.00 Pagi s/d 12.00 TengahhariWaktu Rehat : 1.00 s/d 2.00 petangMalam:Isnin - Jumaat : 10.00 Mlm s/d 11.30 MlmKAKITANGAN PEJABAT :1. Norhidayah Mohd. Sobri - Pegawai Khas2. Shamsul Bahari Md Isa - Pembantu khas 13. Ahmad Tajuddin Hawari - Pembantu Khas...

09:29

Idham Lim (林川興)

KUALA KANGSAR, 6 Jun (Hrkh) :-Negeri Perak kini mempunyai bangunan kolej Islamnya sendiri yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan, bertempat di Bukit Chandan berhampiran Istana Iskandariah dekat sini.Sebelum ini Kolej Islam Negeri Perak yang baru beberapa tahun diwujudkan itu beroperasi di sebuah bangunan sementara di Ipoh. Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500...

23:00

Idham Lim (林川興)

"Cina Islam membantah sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan malaysia menaikan harga minyak pada kadar yang tersangat tinggi dan akan membawa implikasi kepada ekonomi negara khususnya akan menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi secara mendadak.Sedangkan rakyat sudah sangat tertekan dengan kenaikan barangan khususnya kenaikan harga beras yang melebihi 100 %. Kenaikan harga pelagai barangan keperluan harian ternyata tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan. Manaikkan harga minyak berarti memberi suatu peluang lagi kepada kenaikan harga barang.dengan ini cina islam menyeru seluruh rakyat malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat...

22:29

Idham Lim (林川興)

Perak bakal menarik pelaburan besar selepas beberapa syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat berminat untuk menjalankan aktiviti perlombongan mineral bermutu tinggi yang ditemui di negeri ini.Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bagaimanapun enggan menyatakan jenis mineral tersebut dan nilai pelaburan yang bakal diterima daripada syarikat-syarikat asing itu.Katanya, mineral berkualiti tinggi itu juga bukan bijih timah.''Sebuah daripada syarikat berkenaan sudah memulakan kajian dan mengesahkan aktiviti perlombongan mineral itu boleh bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 tahun," katanya kepada pemberita.Beliau menyatakan...

22:19

Idham Lim (林川興)

Kelantangan Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak sehingga ada yang mencadangkan mereka perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk...

09:11

Idham Lim (林川興)

Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah...

10:10

Idham Lim (林川興)

IPOH,2 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat mencari kesalahan apabila membangkitkan isu peruntukan RM8 juta yang dibelanjakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan bekas exco Barisan Nasional (BN) dalam tempoh dua bulan sebelum pilihan raya umum Mac lalu, kata Menteri Besar Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Beliau berkata perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah mengenai perincian projek-projek kecil dan kosnya untuk mendapat justifikasi perbelanjaan berkenaan. Katanya kerajaan negeri bukannya ingin menyalahkan kepemimpinan sebelum ini atau menghadapkan mereka ke mahkamah, tetapi hanya ingin tahu perincian dalam...

10:06

Idham Lim (林川興)

IPOH,2 Jun (Hrkh) - Beberapa syarikat Eropah dan Amerika Syarikat berminat memulakan aktiviti perlombongan mineral bermutu tinggi yang ditemui di Perak, kata Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jenis mineral bernilai tinggi yang ditemui itu dan nilai pelaburan yang bakal dibuat oleh syarikat terbabit. Bernama melaporkan, mineral berkenaan bukan bijih timah dan sebuah daripada syarikat berkenaan sudah memulakan kajian dan mengesahkan aktiviti perlombongan berkenaan boleh bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun. "Pelaburan syarikat terbabit dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 500 peluang...

10:02

Idham Lim (林川興)

PARIT BUNTAR 2 Jun (Hrkh) - Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Negeri Perak. Manakala Adun Simpang Pulai (KeADILan) , Chan Ming Kai turut dipilih sebagai Timbalan Pengerusi kelab tersebut.Satu kenyataan rasmi dari Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan memaklumkan bahawa Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Negeri Perak telah dipilih dengan rasminya dalam satu pertemuan Ahli-ahli Yang Berhormat penyokong Kelab yang diadakan di sini Jumaat lepas. Sementara itu Adun Canning ,Chan Ming Kai (DAP) juga turut dipilih sebagai Setiausaha Kelab Penyokong...