
04:30

Idham Lim (林川興)

PARIT BUNTAR, 15 MEI 2008:- Perubatan cina telah diwarisi sejak sekian lama dari generasi ke generasi dan terbukti dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit, demikian antara intipati yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Program Rawatan Perubatan Cina disini hari ini.
Program sehari yang telah mendapat sambutan warga cina setempat telah berhasil membawa seorang pengamal perubatan cina dari Shanghai.
ADUN Titi Serong juga meminta supaya penduduk Parit Buntar sentiasa mengambil berat tentang kesihatan. Oleh itu soal pemeriksaan kesihatan berkala, pemakanan yang seimbang dan teratur perlu diutamakan.
Beliau juga menyeru supaya warga Parit Buntar semtiasa bersenam dan disarankan kepada orang-orang cina untuk menyemarakkan bersenam Taici.

11:22

Idham Lim (林川興)

Gambar kenangan 1998, semasa sudah memiliki 2 putera
Teringat hari pertama sesudah kemenangan yang Allah anugerahkan ini, saya katakan dihadapan isteri tercinta dan anak-anak Azri Lim (16), Anwar Lim (13) dan Aiman Lim (8)tersayang .
" abi sekarang telah menjadi milik semua warga Titi Serong dan maafkan abi sekiranya abi sangat sedikit bersama keluarga di masa akan datang"
Suatu kata-kata yang berat untuk diucapkan, namun sebuah realiti yang sedang berada dihadapan mata.Semuga Allah memberi kekuatan kepada insan yang kerdil untuk menunaikan amanah ini......

11:20

Idham Lim (林川興)

Balik dari Kuala Lumpur malam tadi, saya sampai di rumah sekitar jam 9.45 malam. Saya sempat menemuai isteri tercinta yang kena demam campak sejak dua hari yang lepas. Dia suah bercuti untuk hari ke 3 hari ini. Sempat cium anak bongsu Khairul Aiman dan bertanya dengan pelajaran Abag Chik anak kedua.
Anak bongu yang disayangi, kena cium dia kalau tidak pernah dia katakan" Dah jadi YB dah lupa nak cium anak!" lucu dan sinis sekali.
Pemandu peribadi telah berada dihadapan rumah sekitar jan 10 malam. Terus kami ke pejabat. malam tadi pejabat dibuka macam biasa.
Alhamdulillah ada 2 pelanggan yang datang mengadu masalah. Sekitar jam 11.30 saya dengan pemadu menuju kerumah tukang urut untuk mengurangkan rasa kebas-kebas di kaki.
Hari ini seawalnya jam 8 pagi sudah berada dipejabat. Pelanggan masuk dan keluar bilik tidak putus-putus sehingga lah kepada jam 4 petang.
Malam ini Pejabat akan dibuka seperti biasa dari jam 10 malam hingga 11.30 malam.

23:07

Idham Lim (林川興)
BUKIT GANTANG, 10 Mei :- Persatuan anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) telah melebarkan sayapnya di negeri Perak apabila pelancaran resmi cawanganya di Perak telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Kelantan YB Abdul Patah Mahmood di sini hari ini. Hadir sama dalam program tersebut ialah ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.
Pada Program tersebut ADUN Titi Serong yang juga merupakan anak Kelantan yang menetap di Perak telah menyerahkan borang keahlian Perantau kepada Setiausaha Agung Perantau Malaysia.
Dalam ucapan peresmianya, YB Patah antaranya menyatakan hasrat untuk melihat Perakan bertambah maju dengan meningkatkan kerja-kerja Amal Ma'rof dan nahyi Mungkar. Katanya semangat berpersatuan dan berkumpulnya warga di Kelantan di luar Kelantan agar jangan luntur dan pudar bila balik ke negeri Kelantan.
ADUN titi Serong dalam ucapannya, mengucapkan tahniah kepada KKWK Perak yang telah berjaya menjayakan Program dan sekaligus membawa kepada penubuhan Perakan Perak. Beliau berharap Perakan akan berperanan terus bagi menyokong terus kerajaan yang benar perjuangannya berlandaskan Islam yang kita anuti, adakah di Kelantan mahupun membantu kerjaan Pakatan Rakyat Perak.

09:31

Idham Lim (林川興)

Gambar kenangan dimalam kemenangan 8 Mac 2008
Esok, 8 Mei genaplah dua bulan usia saya menjadi wakil rakyat. Terasa pantas sekali masa berlalu .Ianya pergi tanpa kita sedari melainkan kerugian yang amat besar sekiranya tidak dimanfaatkan sebaliknya beruntunglah sekiranya telah dimaksimakan pengunaannya.
Seingat saya sejak malam sesudah kemenangan, Banyak waktu digunakan untuk berulang alik ke Ipoh dalam hal perlantikan MB Perak. Allahlah yang meberikan kekuatan kepada insan kerdil ini untuk sama-sama menempuh saat getir penubuh kerajaan Barisan Rakyat yang akhirnya dikenali dengan Pakatan Rakyat. Kemenagan 6 Kerusi bersama-sama dengan teman-teman PAS yang lain dan 7 PKR dicampur 18 DAP benar-benar mencipta sejarah baru politik Perak. Penafian 28 kerusi yang diperolihi BN untuk menubuhkan kerajaan mengejutkan semua pihak.
Seperti BN yang tidak sangka akan kalah, begitulah kami tidak menyangka akan menang sehingga dapat menubuhkan kerajaan baru setelah 50 tahun.
Target pertama ialah 100 hari. Kata Tn. Hj. Mohd. Sabu semasa datang meresmikan Mesyuarat PAS Kawasan minggu lepas, "anta dapat nilai kerja-kerja awal dalam tempoh 100 hari pertama ini".
Sesudah itu bermuhasabahlah insan yang kerdil ini, sebanyak mana masa yang digunakan untuk melaksanakannya.
Tidak siapapun yang boleh mengatakan dia telah melakukan tugasnya sebelum orang memberi penilaian. Sesunggunya saya yakin Allah Maha melihat dan manusia ada sudut penilaiannya sendiri.
Ya Allah, berikanlah kekuatan jika benar telah Engkau berikan kekuatan kepadaku selama 100 hari yang berlalu itu. Seandainya jika ada kelemahan yang ada pada diri ini maka Engkau tambahkan demi untuk menguatkannya.