.

3 April 2008

Polisi Baru Perak, Nizar umumkan beberapa pembaharuan

IPOH 2 April – Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.


Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.

‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.

‘‘Pengisytiharan harta merupakan satu daripada lima prinsip bekerja yang akan diamalkan oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung bidang tugas Exco daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Taklimat yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar.

Selain mengisytiharkan harta, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri turut memutuskan bahawa satu pertiga daripada ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilantik mestilah daripada kalangan bukan ahli politik iaitu golongan akademik dan profesional.

Seterusnya kata beliau, semua tender untuk projek di bawah kerajaan negeri pula mesti dibuat secara terbuka dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan di negeri ini.

Katanya, satu Lembaga Panel Aduan Rakyat turut ditubuhkan untuk dijadikan saluran kepada rakyat menyampaikan aduan, rintihan atau rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang isu dan aduan terhadap ADUN.

‘‘Lembaga Aduan Rakyat ditubuhkan supaya rakyat boleh menyampaikan aduan mereka berhubung apa sahaja isu untuk pengetahuan kerajaan negeri seterusnya membolehkan Menteri Besar dan wakil rakyat mengkaji semula perkhidmatan mereka,” jelasnya.

4 ulasan:

Pengasas said...

Assalamu 'Alaikum!
Saya cadangkan supaya diadakan Institut Pengajian Tatanegara Islam di kawasan YB. Susun kurikulum, silibus dll. dengan rapi, lengkap dan teratur. Tempat kulliah ialah 2 atau 3 mesjid terpilih. Peserta, terbuka kepada semua yang baligh, muslim dan non-muslim. Keluarkan sijil kepada yang berjaya menamatkan silibus.
Sekian cadangan pertama saya.

Abu Afiq said...

Assalamualaikum YB,
Tahniah dgn Blog ini....Saya rasa ini satu cara yang paling baik untuk menyampaikan informasi tentang aktiviti2 YB. Saya harap semua YB pakatan rakyat ada Blog mereka sendiri supaya rakyat tahu apa yg YB2 semua buat dan rakyat boleh bagi komen.
Tapi jgn lupakan pula rakyat2 yg tiada kemudahan internet....kena turun padang jugak....

Salam Ukhwah dari Bangi

hj sahri kg kedah said...

Assala mualaikum
cadangan Dr Wahab memang baik. Tapi nak buat kerja tu yg susah. Jika Dr ada bahan saperti CD ka atau sedia beri sumbangan percuma mengajar , sangatlah dialualukan. PAS parti miskin .tenaga pengajar tak dapat dibayar, dewan atau markas kipas pun tak ada. Jadi jika apa apa saja sumbangan "material" , baik sangat lah. Cadangan Dr ni kerja besar , kalau PAS Pusat sambut cadangan ni cukop baik lah.

Yg keduanya mari segera kita buat kerja daftar tambah ahli. buka booth macam bank buat di pejabat kerajaan dan swasta dan di pasar malam. tq

Idham Lim (林川興) said...

terima kasih dengan komentar hj shari, ana harap kita akan duduk semeja untuk bincang program untuk remaja titi serong,

Post a Comment

PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam

About Me

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger