
IPOH 2 April – Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.‘‘Pengisytiharan harta merupakan...