Kelantangan Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim ternyata tidak disenangi oleh banyak pihak sehingga ada yang mencadangkan mereka perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.
''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya.
Nampaknya masalah dalam batang tubuh UMNO sekarang sangat menguji intergriti dan kemampuan Lembaga Displin UMNO untuk mengatasi pelbnagai kemelut itu.
Sedangkan telah saya ulangi banyak kali dan saya mengulangi sekali lagi disini bahwa Lembaga Displin yang ada sekarang adalah yang paling lemah dalam sejarah UMNO.
1 ulasan:
Salam....
kepada Yb yabg dihormati..Didalam blog N8 Titi Serong ini sepatutnya Yb tumpukan sahaja kepada hal-hal pembangunan dan penduduk setempat. Tentang isu politik parti lain biarla Yb tulis di dalam blog Cina Islam kerana ini adalah blog ADUN bukan blog politik.
sekian teguran saya
Post a Comment