"Cina Islam membantah sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan malaysia menaikan harga minyak pada kadar yang tersangat tinggi dan akan membawa implikasi kepada ekonomi negara khususnya akan menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi secara mendadak.
Sedangkan rakyat sudah sangat tertekan dengan kenaikan barangan khususnya kenaikan harga beras yang melebihi 100 %.
Kenaikan harga pelagai barangan keperluan harian ternyata tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan. Manaikkan harga minyak berarti memberi suatu peluang lagi kepada kenaikan harga barang.
dengan ini cina islam menyeru seluruh rakyat malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat demi untuk mengembalikan Malaysia kelandasan yang betul."
Parit Buntar, 5 Jun 2008, jam 8.00 pagi.
1 ulasan:
kenaikan harga minyak adalah rancangan BN untuk terus menguasai negara dengan membiarkan rakyat dalam kemiskinan. Selepas ini BN akan mewar-warkan pelbagai bantuan , subsidi dan peruntukan untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada kebajikan rakyat terutama dinegeri yang diperintah oleh PR melalui JPP mereka. Harap Kerajaan PR dapat berwaspada atas strategi ini
Post a Comment