.

7 June 2008

Kolej Islam Negeri Perak mula beroperasi

KUALA KANGSAR, 6 Jun (Hrkh) :-Negeri Perak kini mempunyai bangunan kolej Islamnya sendiri yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan, bertempat di Bukit Chandan berhampiran Istana Iskandariah dekat sini.

Sebelum ini Kolej Islam Negeri Perak yang baru beberapa tahun diwujudkan itu beroperasi di sebuah bangunan sementara di Ipoh.

Bermula 1 Jun lalu kolej tersebut yang siap dibina di tapak sebuah bukit itu telah memulakan sesi pengambilan pelajar barunya bagi tahun 2008/2009 yang terdiri penuntut lelaki dan perempuan dari negeri Perak dan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada peringkat awal pembukaannya, seramai 500 orang pelajar yang telah lulus temuduga layak berlajar di sini selama tiga tahun bagi mendapatkan diploma.

Tetapi bagi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Arab terpaksa menduduki matrikulasi selama setahun sebelum meneruskan pelajaran mereka selama tiga tahun itu bagi menduduki peperiksaan sijil diploma.

Menurut maklumat, kolej berkenaan yang dijangka akan dirasmikan pembukaannya Julai depan mempunyai pensyarah-pensyarah terdiri daripada lepasan ijazah luar negara termasuk daripada beberapa fakulti universiti antarabangsa seperti Azhar dan Jordon.

Kolej tersebut yang terulung seumpamanya itu di negeri Perak dibina bersebelahan sebuah masjid bagi memudahkan penuntut berjemaah bersama penduduk sekitarnya.

2 ulasan:

Anonymous said...

duit buat KISDAR ne pn banyak lencong ke lain

Anonymous said...

kolej ni umno yg pegang,banyak makan duit pelajar,politik umno kuat sangat org2 pentadbiran ni.selagi umno yg perintah,keberkatan pon tkde,patut la huru hara je kolej ni,pentadbiran terok..kucar kacir,huyung hayang.staf2 depa majoriti umno,muke sume macam taik,takde seri,hati busuk!

Post a Comment

PROGRAM ADUN UNTUK DISEMBER 2010 DI DUN TITI SERONG

under development -

PROGRAM ZIARAH DAN IMARAH MASJID DAN SURAU Selasa 5.45 pagi Subuh / Tazkirah Masjid Pt.Mat Alam 9.00 pagi Ipoh 7.10 mlm Maghrib / Tazkirah Surau Jalan Terusan 8.15 mlm Isyak / Tazkirah Surau Haji.Shamsuddin P.T.N Dalam

About Me

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger